Menjak2 isu GST ni abam mad asik kena kutuk je. Mereka
kata abam mad macam2. Mereka x paham abam mad sebenarnya. Abam mad sebenarnya
jaguh! Abam mad berani. Berani menyuarakan pendapat abam mad. Bodoh ke tak, itu
belakang kira. CGPA 3.8 kot!! mustahil bebal bertengkat2. Abam mad berani menyokong kuat pimpinan abam Najib. Samada abam
mad dan Najib di pihak yang benar, atau tak, biarlah Allah yang mengadili. Jika
abam mad benar2 menegakkan yang batil, abam mad masih juga berani. Berani menghadapi balasan Allah.
Balasan Allah itu, rahsia Allah. Mungkin dibayar cash
di dunia. Jikalau abam mad lekas tersedar, terselamat lah di akhirat. Jika Allah
terus memberi ujian kesenangan hingga ke akhir hayat abam mad, abam mad memang
berani. Berani menghadapi seksa neraka jahanam yang di mana satu hari di sana,
beribu2 tahun di dunia.
Di saat itu, diharap abam mad kekal berani dan kebal
disiksa di akhirat sebagaimana abam mad berani menegakkan pendapat abam mad dan
kebal dengan segala caci-maki yang dilempar kepada abam mad di dunia ini.
Saya tak kata abam mad salah. Saya Cuma memberi
gambaran jika yang batil ditegakkan. Jikalau abam mad di pihak yang benar,
bergembiralah menikmati kesenangan di dunia. Jangan dilupa dibantu mereka yang
susah hidupnya dengan kekayaan dan pangkat abam mad. Jangan dilupa asal-usul
abam mad yang dulunya dari keluarga penoreh jua. Jangan dilupa tujuan abam mad
terpilih di antara jutaan sperma yang lain untuk menjadi manusia di bumi
Malaysia bertuah. Tidaklah Allah melimpahkan rahmat dan kurnianya kepada abam mad semata
melainkan sebahagian darinya itu untuk dinafkahkan pada orang lain jua adanya. Inshaa
Allah dimurahkan rejeki. Mana tahu dapat ganti abam Jib, jd PM seterusnya. Jika
ini direliasasikan, semoga abam mad lebih bijak mengeluarkan kenyataan di
media. Sila hire setiausaha politik yang bernas untuk membantu kerjaya abam
Mad.
Sekian. Wassalam.