Sunday, July 21, 2013

Berhati-hatilah memilih pakej umrah anda...


Saya telah mengikuti jemaah umrah bersama al- fajr(http://www.alfajrtravel.com.my/)  pada hujung cuti sekolah 6 jun 2013 yg lalu. Kami sepatutnya pergi pada cuti sekolah dan membayar pakej yg harganya lebih dr biasa, memandangkan ianya musim cuti sekolah. Namun masalah visa sebabkan kami terpaksa tunda. Kami pergi sekeluarga 12 org, termsk ibu tua yg x larat berjalan jauh dan pkck yg skt buah pinggang. Kami telah maklumkan perkara ini pd pihak al fajr dan dimaklum jarak hotel ke masjid al haram dkt n they will take care of urusan rawatan dialisis pkck saya di sana nnt.

Smpai di mekah, kami dpti jarak ke masjid dr hotel sgt jauh utk ibu tua kami. Masih boleh bersabar. Kami mendapat mutawif yg baik di mekah. Tlg uruskan masalah rawatan dialisis. Pengiring kami dr malaysia ke mekah, Tn. Hj. roslan lesap tah ke mana. X amik tahu pon. Yg jd masalah apabila di madinah kami dpt mutawif dan pengiring yg x amik peduli psl jemaah. Pakcik saya lemah kerana x mendpt rawatan dialisis berhari2. Pengiring kami clueless, katanya x dimaklumkan keadaan pkck kami oleh HQ al fajr di selayang walhal telah berkali2 diingatkan ttg keadaan beliau sblm kami berangkat.

Sbnrnya kelemahan pengurusan dh jelas masa di kl. kakak sy terpaksa berulang alik almost everyday nk setel dokumen perjalanan. Skali x lengkap, skali dtg. Skali dua xpa la. Kalo dh hari2 smpi ke besok lusa dh nk berangkat, cemana mrk bekerja?

Kami difahamkan ada jemaah sblmnya hampir strok krn lambat dpt rawatan dialisis. Setelah push sana sini, pkck sy dpt rawatan sblm blk ke malaysia. Kami berangkat blk dari madinah, naik bas ke jeddah. Kami dijanjikan naik MAS. Tp akhirnya naik air asia. Bila ditanya jemaah TH travel yg naik satu flight, mrk awal2 lg telah dimaklumkan ttg itu. 

Air zamzam telah dibahagi2 dr madinah utk dibawa naik bas ke jeddah. Smpi di airport, kami tak dibenarkan bawa air zamzam melainkan kami bungkus dlm kotak. Kami terpaksa tinggal botol kami dan beli air zamzam yg siap dibungkus dlm kotak-18riyal sekotak. Kalo 3 kotak? Kami tgk jemaah travel agency lain  bawak siap2 yg dh dlm kotak. Yg plg geramnya, pengiring kami yg non hado lg blur tu elok je bwk yg dlm kotak since dr madinah. 6 kotak pulak tu! Saya sekeluarga dan satu lg keluarga merupakan yg terakhir menguruskan pembungkusan air zam zam dlm jemaah kami. Yg lain semua dh line up nk msk ke dlm airport utk check-in. Pengiring kami terus msk ke dlm tanpa memastikan semua jemaah berkumpul. Kami dan sekeluarga lagi ditahan diluar kawasan check in lebih dari 30 minit sehingga salah seorg dr kami call kwn kt dlm utk inform tn hj pengiring yg blur suh pak guard arab benarkan kami msk

Nk check-in pula satu hal lg. tak diuruskan dgn sempurna. Tidak dibuat group check-in, tidak seperti jemaah yg dtg bersama travel agency lain. Maka timbul masalah ibu terpisah dgn anak kecil. Takpa, itu kami boleh sabar, boleh tukar seat suka sama suka. Yg mengeruhkan keadaan, apabila pramugara air asia mementingkan dan mendahulukan pak arab mak arab yg msk lebih terkemudian dr kami. Bila pak arab insist nk duduk dkt satu seat tu, maka ada antara jemaah yg terpaksa beralih dan diarah mencari seat kosong sendiri. Dua soalan: 1) why the hell did u give us the seats in the first place masa check-in yg berjam2 td. 2) boleh bagitau kenapa bos si pramugara kurang ajar ni beratkan kapal terbang habiskan minyak hire mat bengap mcm tu? Saja nk kasi can ko jalan2 cari pasal yo?

Sampai di malaysia, abg ipar saya hantar surat rasmi yg panjang minta penjelasan tentang kelemahan al-fajr dan sedikit pampasan terhadap pakej cuti sekolah yg bertukar jd pakej biasa dan tiket penerbangan blk yg sepatutnya bersama MAS tukar jd Air Asia. Setelah 3 minggu surat tersebut mendapat balasannya. Pengurusan al-fajr bukan sahaja tidak meminta maaf dan tidak sedikitpun menyatakan kekesalan terhadap kelemahan mereka bahkan menasihati kami agar lebih tawadduk semasa menjalankan ibadah. Mereka juga dengan angkuhnya menyatakan tidak mendapat rungutan dari org lain.

 Urusan ibadah kami adalah urusan kami dengan Allah. Just because org lain tak kuasa nk layan pengurusan yg lemah mcm al-fajr dan tahu tidak akan mendapat maklum balas sepatutnya, janganlah merasakan kamu telah menyediakan khidmat yg bagus. Bahkan caca merba sekali sehingga menganiayai org. Bila saya google, mmg sesungguhnya al-fajr mempunyai track record yg begitu teruk sekali. (Read: http://hajiarshad.blogspot.com/2012/09/al-fatihah-dan-takziah-pada-keluarga.html)

Tidak salah mengaut keuntungan. Tidaklah juga kami pinta dilayan seperti raja, tp sekurang-kurangnya khidmat yg dijanjikan harus dipenuhi. Menerusi surat balasan dari al-fajr yg sedemikian rupa, saya yakin mereka tidak sedikit pon rasa bersalah, mereka juga cuba melepaskan diri dari kelemahan mereka dengan menasihati kami sepatutnya lebih bersabar dan tawadduk beribadat (???!!!!). Begitu senang ingin lepaskan diri. Yang paling saya takutkan mereka tidak akan langsung cuba improve cara mereka bekerja dan menguruskan jemaah sehingga lebih ramai lagi yg akan teraniaya. Jikalau ingin kekal dlm industri ni, maka akuilah kesilapan al-fajr dan perbaikilah khidmat yg ditawarkan. Bg mereka yg masih mencari2 travel agent bg umrah dan haji, berhati-hatilah memilih travel agent, terutama mereka yg pergi dengan keluarga dan org tua. Kalo yg masih muda mungkin tiada masalah besar bg mereka.

1 comment:

  1. Salam. Famili sy guna alfajr ni. 7 org gi. Mak ayah ngan 5 adik sy. Flight asal 8 Dec 16, delay ke 12 Dec 16, naik maldives airlines pada 11 Dec 16.
    Sekarang terkandas di Mekah, filght sepatutnya pada 24 Dec, sampai skrang 27 Dec 17:00 waktu riyadh, still trkandas.

    Boleh minx pandangan x, ws sy please. Buntu ni. 01111145340 Luqman Hakim

    ReplyDelete